KUALA TERENGGANU, 13 Jan -- Penerima vaksin bergambar selepas mendapatkan suntikan dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran hari ini.
Menurut rekod Jabatan Kesihatan Negeri hampir 25 peratus penduduk di Terengganu telah menerima suntikan dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19.
Terengganu merupakan antara empat negeri paling rendah memberikan suntikan dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA