KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Kerja-kerja memasang bendera parti sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu giat dijalankan semasa tinjauan fotoBernama di Bilik Gerakan Pakatan Harapan, Kampung Batu Hampar hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN pada 12 Ogos ini sementara pengundian awal pada 8 Ogos bagi enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, termasuk Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA