PHNOM PENH, 3 Jun -- Obor simbolik cerah menyala menerangi Stadium Nasional Morodok Techno tanda rasminya permulaan Temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 yang memasuki edisi ke-12 dibuka secara gilang gemilang bagi mengalu-alukan kehadiran kira-kira 2,000 atlet ‘luar biasa’ di Stadium Nasional Morodok Techo di sini malam ini.
Kemboja yang memilih tema ‘Sports: Live In Peace’ nyata unggul apabila mempersembahkan acara bunga api berwarna warni yang memukau kira-kira 70,000 penonton, selain turut menyajikan persembahan menarik iaitu Khmer Heart yang berasal dari negara Asia Tenggara itu sendiri.
Kontinjen negara diwakili seramai 48 delegasi yang terdiri daripada 34 atlet telah diketuai oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja Noor Syahieda Mat Shah dan atlet boccia (BC1- kecatatan fizikal) Angeline Melissa Lawas yang menggalas tugas sebagai pembawa Jalur Gemilang.
Malaysia menjadi negara keempat berarak masuk dengan memakai jaket berwarna kuning-hitam dan seluar trek yang mempunyai logo Jalur Gemilang.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA