PASIR MAS, 30 April -- Buruh Saw Kim San, 37, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Rantau Panjang, enam tahun lepas.
Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Saw didakwa membunuh Lee Boon Guan, 39, di restoran makanan segera berkenaan pada 5.58 petang, 17 Ogos 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA